KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar bagi diesel pada Jumaat.
Menurut Kementerian Kewangan (MOF) perbincangan itu bertujuan mendapatkan pandangan persatuan dan syarikat logistik bagi cadangan program tersebut.
"Perbincangan ini adalah bagi mendapatkan pandangan persatuan dan syarikat logistik mengenai skop dan syarat bagi cadangan program ini, terutamanya bagi mendengar isu yang dihadapi serta langkah-langkah penambahbaikan," menurut MOF dalam catatan di laman sosial rasmi Kementerian Kewangan pada Sabtu.
MOF menjelaskan seperti yang dibentangkan dalam Belanjawan 2024, kerajaan akan melaksanakan rasionalisasi subsidi bagi mengelakkan ketirisan dan penyeludupan yang berterusan.
"Namun, bagi mengurangkan impak kepada harga barangan untuk rakyat, harga diesel bersubsidi akan terus dinikmati oleh pengguna terpilih seperti syarikat pengangkutan barangan," tambah MOF.
Kementerian itu memaklumkan bahawa mekanisme rasionalisasi subsidi diesel akan dijalankan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melalui Projek Rintis Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0).
"Sebaik berjaya mendapat kelulusan di bawah Sistem MySubsidi Diesel KPDN, syarikat-syarikat sektor pengangkutan darat (barangan) boleh mendapatkan 'Fleet Card' daripada syarikat minyak pilihan untuk pembelian diesel bersubsidi," jelas MOF.
Menurut MOF kerajaan akan dapat menyalurkan hasil negara kepada rakyat yang benar-benar memerlukan antaranya melalui Sumbangan Tunai Rahmah, Sumbangan Asas Rahmah dan lain-lain bantuan dengan pelaksanaan rasionalisasi subsidi diesel.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 20 2024
Rasionalisasi subsidi diesel akan dijalankan MOF bersama KPDN melalui Projek Rintis Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0). - Gambar hiasan
ERL, DK SCHWEIZER umum kerjasama sedia kerusi kulit premium untuk VIP KLIA Ekspres
Kerjasama itu merupakan pencapaian penting bagi kedua-dua syarikat dengan memanfaatkan kelebihan masing-masing.
Pendapatan lebih RM1 bilion, Ronaldo kekal atlet terkaya dunia - Forbes
Pemain berusia 39 tahun itu memperoleh pendapatan AS$260 juta (RM1.22 bilion) - meningkat daripada AS$136 juta (RM637 juta) - sejak 12 bulan lalu.
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Gunung berapi Ile Lewotolok Indonesia meletus, paksa Wings Air batal pendaratan
Sebuah pesawat Wings Air di laluan Kupang-Wunopito Lembata dengan 40 penumpang sepatutnya mendarat di lapangan terbang pada jam 11 pagi.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Subsidi diesel bersasar: MOF dapatkan pandangan industri logistik mengenai skop, syarat
Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah mengadakan perbincangan bersama industri logistik mengenai pelaksanaan program subsidi bersasar bagi diesel pada Jumaat.
Rasionalisasi subsidi diesel: Kerajaan pastikan jaminan makanan stabil - Rafizi
Kerajaan akan memastikan jaminan makanan untuk rakyat dalam keadaan yang stabil seiring dengan pelaksanaan rasionalisasi diesel yang dilakukan pada tahun hadapan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Kerajaan kekal subsidi diesel, perkenal mekanisme 'fleet card' basmi ketirisan
Kerajaan memperkenalkan mekanisme fleet card Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) bagi memastikan tiada lagi ketirisan dalam pemberian subsidi kepada sektor pengangkutan darat.
Persatuan Pengusaha Bas terima baik pemansuhan subsidi diesel asalkan...
Persatuan Pengusaha Bas mengalu-alukan pemansuhan subsidi diesel untuk bas ekspres dengan syarat penetapan tambang bas tidak dikawal kerajaan.
13 nelayan ditahan reman susulan isu sindiket seleweng subsidi diesel
SPRM mendapatkan perintah reman ke atas 13 nelayan bagi membantu siasatan berhubung sindiket penyelewengan diesel bersubsidi di Kuala Besut.